Sila log masuk terlebih dahulu.

Aung San Suu Kyi dikenakan tuduhan tambahan

Aung San Suu Kyi - Foto AFP
Aung San Suu Kyi - Foto AFP
A
A
A

JUNTA Myanmar mengenakan tuduhan tambahan ke atas pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi.

Suu Kyi sebelum ini didakwa dengan tuduhan penipuan dalam pilihan raya.

Beliau antara 16 bekas pemimpin kerajaan yang didakwa pada Selasa, termasuk bekas Presiden dan Datuk Bandar.

Beliau tidak muncul di khalayak sejak rampasan kuasa Februari lalu.

Sementara itu, jurucakap Junta memaklumkan, Suu Kyi menerima layanan baik ketika berada dalam tahanan rumah.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini tegaskan, rampasan kuasa tentera di Myanmar sebagai satu bentuk jenayah kemanusiaan.

Wakil PBB juga dinafikan akses ke Myanmar untuk menyiasat keadaan di negara itu.

Rampasan kuasa dilancarkan atas alasan kerajaan awam yang dipilih melakukan penipuan dalam pilihan raya.

Artikel Berkaitan:

Pemantau pilihan raya bebas bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

Sebaliknya apa yang berlaku didakwa bermotifkan politik. - Awani