Zairi guna media sosial dekati pengundi

Zairi menunjukkan WhatsApp Blast yang digunakan untuk memperkenalkan diri kepada pengundi Taboh Naning.
Zairi menunjukkan WhatsApp Blast yang digunakan untuk memperkenalkan diri kepada pengundi Taboh Naning.
A
A
A

ALOR GAJAH - Biarpun pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning hanya sekitar 8,700 pengundi, namun bukan bererti calon yang bertanding boleh mengambil mudah saingan tiga penjuru.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN itu, Zairi Suboh berkata, ini merupakan penggal kedua beliau dipilih sebagai calon kawasan itu selain pernah menggalas jawatan Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) yang sentiasa berhubung dengan rakyat, namun beliau tetap perlu bekerja lebih keras untuk menyantuni pengundi termasuk menggunakan media sosial.

Menurutnya, pengundi tidak seharusnya disantuni menjelang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) sahaja kerana mereka sebenarnya orang terpenting untuk mengutarakan sebarang permasalahan seperti infrastruktur.

"Jadi sejak berkhidmat selama 22 bulan hinggalah ke hari ini, kita sentiasa turun ke akar umbi.

"Saya juga menggunakan aplikasi WhatsApp Blast untuk memperkenalkan diri kepada penggundi walaupun ada yang telah mengenali saya," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Beliau yang juga bekas Pengurus Besar Tourism Melaka berkata, perkara pertama yang akan dilakukan sekiranya menang adalah dengan memberi fokus masalah liputan talian komunikasi seperti yang dihadapi penduduk di Kampung Sungai Buloh, Taboh Naning.

"Lebih kasihan apabila anak-anak terbantut untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), bukan sahaja capaian internet tiada tapi talian komunikasi pun susah nak dapat," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: