X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

RINGGIT meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu selepas mata wang negara maju mengukuh susulan data Jualan Runcit AS bagi Oktober yang meningkat 1.7 peratus berbanding jangkaan ramai pada 1.4 peratus.

Pada 9 pagi, ringgit susut 75 mata asas (bps) kepada 4.1720/1755 berbanding 4.1645/1680 ketika urus niaga ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkembangan itu menunjukkan AS tidak terjejas oleh tekanan inflasi, malah terus berbelanja yang membayangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan dengan lebih awal.

“Dolar AS juga lebih kukuh berbanding mata wang utama seperti euro dan yen sebagaimana dipaparkan oleh kenaikan berterusan Indeks Dolar AS (DXY) kepada 95.928 mata,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, beliau menjangkakan ringgit terus lemah hari ini dan bergerak dalam jajaran RM4.16 hingga RM4.17 pada hari ini.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6005/6052 daripada 5.6050/6097 pada Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6341/6375 daripada 3.6543/6569.

Ringgit juga tinggi berbanding berbanding euro kepada 4.7235/7275 daripada 4.7313/7353 dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.0740/0770 daripada 3.0755/0783 sebelum ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!