PM terima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana Menteri dalam catatannya di akaun Facebook rasminya berkata, Ahmad diiringi Timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.

Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Perdana Menteri berkata, perbincangan yang berlangsung ketika kunjungan hormat itu melibatkan pelbagai libat urus terutama berkenaan wang ihsan dan pembangunan negeri Kelantan.

“Seperti yang saya telah katakan, ‘no one will left behind’ (tiada siapa akan terpinggir) negeri Kelantan tidak sama sekali akan disisihkan, malah menjadi fokus untuk maju bersama negeri-negeri lain. Seiring dengan misi untuk membawa seluruh Malaysia ke persada yang lebih tinggi,” katanya.

Catatan Facebook Perdana Menteri turut memaparkan gambar beliau bersama Ahmad. - Bernama

Artikel Berkaitan: