Penjelasan mengenai kekeliruan senarai hitam PTPTN

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian ingin menjelaskan mengenai tindakan senarai hitam peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dalam laporan muka depan akhbar ini yang disiarkan pada 16 Novermber 2021.

Cadangan senarai hitam itu merupakan pandangan Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar yang merujuk kepada menyenarai hitam bagi tujuan keluar negara.

Pendapat tersebut turut dijadikan salah satu daripada intipati di muka hadapan yang disiarkan oleh akhbar ini.

Ia bukanlah sebahagian daripada jawapan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Dewan Rakyat.

Dr Noraini dalam Sidang Dewan Rakyat pada Isnin memaklumkan tindakan undang-undang merupakan pilihan terakhir yang akan dipertimbangkan PTPTN terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Menurut beliau, pilihan terakhir itu akan diambil selepas semua usaha yang telah dilaksanakan untuk membantu peminjam membuat bayaran balik tidak berhasil.

Turut disenaraikan bersama dengan laporan Dr Noraini ialah info berhubung tiga bentuk tindakan yang pernah diambil terhadap peminjam PTPTN sebelum ini.

Sinar Harian memohon maaf di atas sebarang kekeliruan berhubung laporan tersebut yang telah menimbulkan salah faham terhadap kenyataan Dr Noraini dan PTPTN.

Artikel Berkaitan: