MAIS sumbang van jenazah kepada empat masjid di Gombak

Abdul Aziz (tiga dari kiri) menyerahkan simbolik kunci van jenazah kepada wakil masjid.
Abdul Aziz (tiga dari kiri) menyerahkan simbolik kunci van jenazah kepada wakil masjid.
A
A
A

GOMBAK - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbangkan van jenazah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM200,000 kepada empat buah masjid di sini pada Selasa.

MAIS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan serahan sumbangan kepada wakil-wakil masjid tersebut disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Menurut hantaran berkenaan, penerima sumbangan van jenazah tersebut ialah Masjid Al Firdaus Bandar Baru Selayang, Masjid Jamiatus Solahiah, Masjid Al-Sharif Simpang 3 Gombak dan Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.

Jelas hantaran tersebut, program tersebut dimulakan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disambut oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Gombak, Mohamed Tahir Abd Manap.

“Program diteruskan dengan sesi penerangan dan perkembangan hal ehwal Islam di daerah Gombak yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Hilmi Saadan.

“Kemudian ia diteruskan dengan lawatan ke pejabat-pejabat di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dan pejabat Baitumal MAIS Daerah Gombak serta ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak,” jelas hantaran tersebut pada Selasa.

Turut hadir sepanjang lawatan tersebut ialah Orang Besar Daerah (OBD) Gombak, Tan Sri Wan Mahmood Pa'wan Teh, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar, Pemangku Penasihat Undang-Undang, Norlaili Mohamad,

Selain itu, turut hadir ialah Pengarah Pembangunan Sosial, Suhaimi Ismail; Pengarah Baitulmal, Shahril Mohd Shahid; Ketua Audit Dalam, Zaharudin Salim; Ketua Pendaftar JAKESS, Salehan Yatim dan Ketua-ketua Unit dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Artikel Berkaitan: