LGBT semakin berani kerana pendirian tegas kerajaan PH

Mahfuz
Mahfuz
A
A
A

KUALA LUMPUR - [ DIKEMASKINI ] Pendirian tegas kerajaan PH terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi punca kumpulan minoriti itu semakin berani menuntut hak secara terbuka.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, berbanding pimpinan BN sebelum ini, kumpulan LGBT tidak pernah membuat demonstrasi menuntut hak kerana tiada penegasan dibuat terhadap mereka.

“Syabas kepada kerajaan PH kerana pendirian tegas tersebut menyebabkan pendokong dan penyokong LGBT membuat demonstrasi menuntut hak mereka dimana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini di zaman BN kerana tiada penegasan dibuat sebelum ini.

“Ayuh rakyat Malaysia kita dokong dan bersama-sama kerajaan Malaysia mempertahankan kesopanan dan kesusilaan rakyat melalui budaya hidup sihat dan normal,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Mahfuz berkata, Amanah berdiri teguh bersama pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa tiada tempat untuk menerima dan mengiktiraf budaya LGBT di Malaysia serta kerajaan menolak pengamalan dan budaya LGBT dalam negara ini.

Mengulas perhimpunan Women’s March di ibu kota yang dicemari dengan sokongan terhadap LGBT, Mahfuz berkata, insiden itu merupakan satu tragedi yang sangat mengejutkan buat rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong LGBT berarak tuntut hak di ibu kota

Beliau berkata, ini kerana sepanjang merdeka hampir 62 tahun, tidak pernah terjadi tuntutan terbuka sedemikian.

Artikel Berkaitan:

“Pelik tapi itulah hakikatnya apabila tiada penegasan dibuat selama ini oleh pihak berwajib,” katanya.

Beliau menegaskan, Amanah menolak tuntutan kumpulan itu untuk membenarkan pengamalan dan pengiktirafan budaya LGBT kerana bertentangan dengan agama, budaya dan nilai diri.

“Sesuatu yang amat malang bagi rakyat Malaysia apabila budaya ini cuba dicangkirkan atas nama hak asasi manusia. Islam mengiktiraf hak asasi manusia namun ianya mesti selari dengan budaya dan tuntutan naluri sejagat. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak rakyatnya. Namun hak-hak rakyatnya mempunyai had mengikut kerangka budaya resam serta agama.

“LGBT bukan sahaja bertentangan dengan agama, bahkan ianya juga bertentangan dengan budaya dan sistem nilai kemanusiaan samada di timur mahupun di barat. Tidak ada satu agama pun di dunia ini yang mengiktiraf LGBT,” katanya.

Kenyataan Media “BERSAMA MENOLAK AMALAN LGBT” 1. Insiden himpunan menuntut hak bagi kumpulan LGBT di Kuala Lumpur...

Posted by Mahfuz Omar on Saturday, March 9, 2019