Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan pastikan tiada gangguan rantaian bekalan makanan

Alexander Nanta Linggi ketika menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
Alexander Nanta Linggi ketika menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan tiada gangguan dalam rantaian bekalan makanan yang boleh menyebabkan harga makanan meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Pemeriksaan dan pemantauan menyeluruh lebih 1,000 pegawai pemantau harga serta 2,200 pegawai penguat kuasa di peringkat pemborong dan peruncit akan terus digerakkan

“Ini supaya tidak berlakunya aktiviti pencatutan harga dan peniaga kekal menjalankan perniagaan secara beretika di seluruh negara,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata, pelbagai faktor yang boleh menyebabkan trend kenaikan harga, antaranya kenaikan kos penghantaran, keadaan pertumbuhan lemah di negara pengeksport, faktor tukaran wang asing, cuaca dan permintaan yang melambung sebaik sektor ekonomi dibuka.

"Oleh itu, kementerian melaksanakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan sama ada agensi kerajaan berkaitan atau pemain industri sebelum merumuskan tindakan sewajarnya bagi memelihara kepentingan semua pihak dalam mengatasi isu itu," ujarnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: