X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

PTPTN bantu peminjam daripada keluarga miskin

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan insentif pengecualian bayaran pinjaman kepada peminjam B40 dan M40 yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pengecualian itu antara usaha PTPTN membantu peminjam daripada keluarga miskin.

“Baru-baru ini ketika pengumuman Bajet 2022, kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Diskaun 12 peratus untuk sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun 10 peratus pula untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual,” katanya ketika sesi penggulungan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Noraini turut memberitahu, terdapat tiga kaedah digunakan PTPTN untuk mendapatkan sumber dana pembiayaan.

Katanya, sumber pertama melalui bayaran balik pinjaman, pembiayaan daripada bank tempatan dan melaksanakan penerbitan sukuk.

“Ketika ini, PTPTN mempunyai beberapa kaedah untuk mendapatkan sumber dana pembiayaan iaitu yang pertama melalui bayaran balik, pembiayaan pinjaman daripada bank tempatan dan melalui penerbitan sukuk.

“Untuk makluman, penerbitan sukuk didapati paling sesuai kerana kadar kupon yang tawarkan lebih rendah berbanding pembiayaan bank dan tempoh matang pula lebih panjang berbanding pinjaman institusi kewangan,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!