Covid-19: Kadar kematian di Terengganu meningkat

Kadar kematian pesakit Covid-19 di Terengganu mencatatkan sedikit peningkatan dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini. Foto hiasan (Gambar kecil: Datuk Dr Kasemani Embong)
Kadar kematian pesakit Covid-19 di Terengganu mencatatkan sedikit peningkatan dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini. Foto hiasan (Gambar kecil: Datuk Dr Kasemani Embong)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Walaupun belum berada pada tahap membimbangkan, kadar kematian pesakit Covid-19 di Terengganu mencatatkan sedikit peningkatan dalam tempoh tiga minggu kebelakangan ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sehingga Isnin sebanyak sembilan kematian direkodkan melibatkan daerah Kuala Terengganu (tiga), Kuala Nerus (tiga), Marang (dua) dan Hulu Terengganu (satu).

"Kita dapati terdapat sedikit peningkatan dari segi jumlah kematian tetapi belum di tahap yang membimbangkan.

"Bilangan kes Covid-19 di Terengganu pula tidak menunjukkan kenaikan tetapi kemasukan ke hospital meningkat dalam tempoh tiga minggu ini di mana melibatkan pesakit tahap tiga, empat dan lima,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Berdasarkan rekod, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Terengganu adalah sebanyak 647 kes.

Dalam perkembangan sama, Kasemani berkata, kapasiti penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) meningkat ekoran peningkatan kes positif Covid-19.

Katanya, kadar semasa peratusan pesakit Covid-19 tahap lima (lima peratus), tahap empat (18 peratus) dan tahap tiga (11 peratus).

Beliau berkata, peningkatan itu dipercayai berpunca akibat pergerakan rentas negeri selain peralihan Terengganu ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Artikel Berkaitan: