Pencemaran bahan kimia: 4 kakitangan hospital semakin pulih

Selahudden
Selahudden
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat kakitangan Hospital Sultan Ismail (HSI) yang dimasukkan ke hospital berkenaan selepas memberikan rawatan kepada mangsa pencemaran bahan kimia di Taman Pasir Putih, dilaporkan sudah stabil.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahudden Abd Aziz berkata, dua doktor dan seorang jururawat sudah dibenarkan pulang ke rumah namun seorang pemandu ambulans berusia 44 tahun masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI selepas kejadian itu masih ditempatkan di bawah pengawasan.

"Daripada awal, hanya empat kakitangan HSI yang dimasukkan ke hospital selepas mereka memberikan rawatan kepada mangsa terjejas akibat pencemaran berkenaan. Salah seorang dimasukkan ke dalam ICU kerana mengalami sesak nafas.

"Tiga dibenarkan pulang hari ini, manakala pemandu ambulans masih di bawah pengawasan. Namun keadaannya sudah sedar dan beransur pulih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pemandu ambulans dikenali Mohd Fariz Anuar itu tiba-tiba tidak sedarkan diri dipercayai akibat terhidu bahan kimia tersebut semasa mengambil pesakit di sebuah sekolah di Taman Pasir Putih.

Sementara itu, menurutnya, terdapat beberapa pesakit yang dirawat di HSI sudah dibenarkan pulang sejak semalam.

"Setakat jam 10 pagi tadi, mangsa yang menerima rawatan di HSI akibat pencemaran itu hanya tinggal 26 orang. Buat masa ini semua dalam keadaan baik dan sedang beransur pulih," katanya.

Artikel Berkaitan: