Sekurang-kurang 15 maut serangan kelab malam di Mexico

Insiden serangan bersenjata di sebuah kelab malam di bandar Salamanca, Mexico, meragut 15 nyawa.
Insiden serangan bersenjata di sebuah kelab malam di bandar Salamanca, Mexico, meragut 15 nyawa.
A
A
A

GUANAJUATO - MEXICO. Sekurang-kurangnya 15 orang maut sementara tiga lagi cedera susulan serangan bersenjata di sebuah kelab malam di Mexico, semalam.

Insiden berlaku di bandar Salamanca, Guanajuato, di mana pihak berkuasa melancarkan operasi terhadap kumpulan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian bahan api.

Sementara itu, saksi kejadian berkata, penyerang bersenjata yang memakai topeng muka melarikan diri dari Kelab La Playa setelah melepaskan tembakan.

Siasatan berhubung motif serangan kini sedang dijalankan, namun identiti mangsa masih belum didedahkan.

Serangan maut tersebut berlaku selepas Presiden Andres Manuel Lopez Obrador melakukan lawatan kerja ke Guanajuato, bagi membincangkan strateginya membendung kecurian bahan api.

Bandar Salamanca dihuni kira-kira 140,000 orang dan saluran paip utama milik syarikat minyak negara, Petroleos Mexicanos (PEMEX) yang terletak di negeri Guanajuato, merentasi bandar terbabit, mencetuskan perebutan dan perang antara kumpulan penjenayah yang mahu mengaut keuntungan besar.

Kecurian bahan api di Mexico merupakan 'aktviti' pasaran gelap yang semakin berleluasa berikutan kewujudan pembelot dalam syarikat berkaitan selain adanya pegawai yang terlibat dalam amalan rasuah. - AFP

Artikel Berkaitan: