X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

India import 327,936 tan minyak sawit Malaysia pada Oktober

Gambar hiasan
A
A

NEW DELHI - India mengimport 327,936 tan minyak sawit dari Malaysia pada Oktober 2021, iaitu kira-kira 30 peratus daripada jumlah import minyak sayurannya pada bulan itu.

Jumlah itu meliputi 314,950 tan minyak sawit mentah (MSM), 6,999 tan olein sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) serta 5,987 tan minyak isirung sawit mentah, menurut data daripada Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang dikeluarkan pada Selasa.

Import minyak yang boleh dimakan India secara keseluruhan pada bulan itu adalah lebih satu juta tan berbanding hampir 1.7 juta tan pada September.

Bekalan minyak sawit pula sebanyak 693,319 tan dalam import bulan lepas, dengan pembekalnya adalah Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Import minyak sayuran negara itu pada Oktober bernilai AS$1.6 bilion, 60 peratus lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada 2020, menurut data perdagangan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan pada Isnin. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!