PRN Melaka: 86 peratus pengundi awal setakat 4 petang

Panglima 3 Divisyen Infantri Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim (kanan) mengundi pada proses pengundian awal bagi PRN Melaka di Sekolah Kebangsaan Kem Terendak II pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Sebanyak 86 peratus pengundi awal terdiri daripada polis dan tentera sudah keluar menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah tersebut direkodkan setakat jam 4 petang Selasa.

"Statistik keluar mengundi awal bagi PRN Melaka pada jam 4 petang tadi mencatatkan 86 peratus," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, seramai 11,557 orang pemilih akan mengundi awal dalam PRN Melaka.

Menurut Ikmalrudin, ia melibatkan sebanyak 31 pusat pengundian yang akan dibuka seawal jam 8 pagi.

"Jumlah tersebut terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: