X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Maritim tahan 20 nelayan positif dadah di Mersing

Seramai 89 nelayan termasuk 23 warga Indonesia diperiksa dan saringan air kencing mendapati 20 daripada mereka positif dadah dalam operasi bersepadu selama tiga hari sehingga semalam di perairan pantai Mersing, Johor. - Foto Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
A
A

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Mersing dengan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah berkenaan menahan 20 nelayan yang didapati positif dadah dalam operasi bersepadu selama tiga hari sehingga semalam, di perairan pantai Mersing, di sini.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, operasi itu bertujuan mengesan dan membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan susulan aduan mengenai penglibatan jurumudi bot penumpang dan bot nelayan tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti berkenaan ketika berada di laut.

Beliau berkata, 89 nelayan termasuk 23 warga Indonesia berumur antara 20 dan 60 tahun diperiksa dalam operasi itu dan saringan air kencing mendapati 20 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine serta ganja dan opiat.

"Kesemua yang didapati positif dadah yang terdiri daripada jurumudi dan awak-awak ini diberi jaminan bersyarat oleh AADK, yang mewajibkan mereka hadir dan lapor diri di pejabat AADK pada hari yang ditetapkan untuk siasatan serta tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbabahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!