Buruh laku amang seksual dipenjara empat tahun, dua sebatan

Mazelan dijatuhi hukuman empat tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Selasa selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.
Mazelan dijatuhi hukuman empat tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Selasa selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Sesyen pada Selasa menjatuhi hukuman empat tahun penjara dan dua sebatan ke atas seorang buruh kerana didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Nooriah Osman terhadap tertuduh, Mazelan Wahab, 57.

Mazelan turut diarah diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah di Kuala Nerus pada Disember 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin sementara tertuduh diwakili peguambela Mazlan Md Zein.

Mahkamah turut mengarahkan hukuman penjara berjalan bermula tarikh tangkap 4 Januari tahun ini.

Artikel Berkaitan: