Kerajaan campuran: Tunggu keputusan pusat

Husein Awang
Husein Awang
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran kerana masih menunggu keputusan rasmi daripada Pas Pusat.

Pesuruhjayanya, Datuk Husein Awang berkata, pihaknya masih belum boleh menyatakan sebarang komitmen kerana tiada keputusan rasmi yang dibuat di peringkat pucuk pimpinan berhubung perkara itu.

“Kita masih menunggu keputusan Pas Pusat berkenaan pembentukan kerajaan campuran malah tiada sebarang perbincangan secara rasmi lagi yang dibuat mengenainya.

“Kita tak boleh mendahului rakan pimpinan dan perlu meneliti terlebih dahulu perkara ini sebelum menyatakan apa-apa keputusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Husein berkaya, pihaknya juga belum pasti sama ada UMNO memaklumkan secara rasmi kepada Pas atau tidak berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran itu.

“Keputusan (pembentukan kerajaan campuran) dibuat oleh UMNO, tetapi, kita tak pasti sama ada cadangan itu dimaklumkan kepada Pas atau belum. Itu kita belum tahu lagi kerana tiada sebarang keputusan rasmi yang dibuat setakat ini,” katanya.

Terdahulu, selepas mengumumkan jalinan kerjasama secara rasmi, hubungan antara Pas dan UMNO diramal akan mengorak langkah lebih jauh dengan hasrat pembentukan kerajaan campuran di negeri-negeri di bawah pentadbiran BN dan Pas.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran itu dibincangkan bersama Pas menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: