X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Covid-19: 5,413 kes baharu hari ini

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 pada Selasa mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 5,413 kes, berbanding 5,143 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu sebanyak 98.1 peratus atau 5,311 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 102 kes atau 1.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kes sembuh pula mencatatkan 6,013 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih kini berjumlah 2,461,780, dan tujuh kluster baharu dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 252 kes.

“Sebanyak 545 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara 264 kes pula memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Selasa.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga 13 November lepas iaitu Minggu Epidemiologi (ME) ke-45, sebanyak 2,541,147 kes kumulatif Covid-19 telah dilaporkan, dengan 64,047 kes aktif dan 29,631 kes kumulatif kematian.

Beliau berkata kebanyakan indikator utama seperti purata kes aktif, kes kematian, dan kadar kes yang memerlukan rawatan di ICU sedang menunjukkan tren penurunan, namun, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt telah mencatatkan peningkatan harian semenjak 6 November lepas.

“Situasi ini kekal membimbangkan kerana peningkatan kes baharu dan nilai Rt daripada minggu sebelumnya menggambarkan potensi penularan jangkitan Covid-19 kepada masyarakat, dan seterusnya risiko pendedahan yang lebih tinggi untuk dijangkiti oleh virus tersebut,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kluster di tempat kerja yang sebelum ini menunjukkan penurunan semenjak ME ke-37k kini mulai meningkat semula pada ME ke-45 selari dengan pergerakan rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi sepenuhnya oleh kerajaan, pada Pelan Pemulihan Negara Fasa Empat (PPN).

Selain itu, katanya kluster pendidikan turut menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding minggu sebelumnya, berikutan penambahan negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Empat PPN yang membolehkan sesi persekolahan dilaksanakan secara bersemuka di kelas.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!