Penyokong West Ham dilarang hadir perlawanan menentang Rapid Vienna

Penyokong West Ham United dilarang menghadiri pertembungan Liga Europa menentang Rapid Vienna berikutan masalah yang ditimbulkan penyokong The Hammers ketika pertemuan melawan Genk awal bulan ini.
Penyokong West Ham United dilarang menghadiri pertembungan Liga Europa menentang Rapid Vienna berikutan masalah yang ditimbulkan penyokong The Hammers ketika pertemuan melawan Genk awal bulan ini.
A
A
A

UEFA melarang penyokong West Ham United daripada menghadiri pertembungan Liga Europa menentang Rapid Vienna berikutan masalah yang ditimbulkan penyokong The Hammers ketika pertemuan melawan Genk awal bulan ini.

Penyokong West Ham yang bergerak ke perlawanan itu sebelum ini didenda atas kesalahan membuat kecoh dan membaling objek ketika seri 2-2 menentang kelab belgium itu pada 4 November lalu.

Disebabkan perkara tersebut, UEFA mendenda West Ham €30,000 (AS$34,000) dan penalti €4,500 bagi kedua-dua kesalahan itu.

West Ham dan Rapid Vienna sebelum ini turut didenda €60,000 oleh UEFA kerana gangguan serupa selepas perlawanan di Stadium London pada September.

Susulan insiden itu, pasukan Austria itu juga dilarang daripada mempunyai peminat pergi ke perlawanan seterusnya.

Sementara itu, West Ham mengesahkan menerima e-mel lewat petang Isnin yang memaklumkan kelab itu dikenanakan sekatan oleh UEFA berhubung perlawanan Kumpulan H Liga Europa menentang Genk pada 4 November lalu.

“West Ham telah didenda 34,500 Euro dan juga dimaklumkan bahawa penyokong kami tidak dapat pergi untuk perlawanan di tempat lawan pada perlawanan Liga Europa yang seterusnya.

"Kelab akan segera mendapatkan penjelasan daripada UEFA, memandangkan notis sekatan itu sangat singkat, yang akan memberi kesan kepada penyokong kami yang telah membeli tiket dan membuat pengaturan untuk pergi ke Austria.

Artikel Berkaitan:

“Kami terkejut menerima sekatan ini dan kecewa kerana tidak dapat bertandang ke perlawanan seterusnya di tempat lawan Liga Europa.

"Kelab telah meminta alasan bertulis penuh daripada UEFA mengenai sekatan ini dan telah meminta mereka menyegerakan permintaan kami memandangkan kelewatan selanjutnya boleh memberi kesan kepada penyokong," kata kelab itu.