Sila log masuk terlebih dahulu.

Lebih separuh keluar mengundi setakat tengah hari

Pengundi sedang menunggu giliran di pusat pengundian Kem Terendak, Melaka.
Pengundi sedang menunggu giliran di pusat pengundian Kem Terendak, Melaka.
A
A
A

MELAKA - Lebih daripada separuh iaitu sebanyak 52 peratus pengundi awal terdiri daripada anggota dan pegawai polis serta tentera keluar menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah itu direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

"Statistik keluar mengundi awal bagi PRN Melaka pada jam 12 tengah hari mencatatkan 52 peratus," kata suruhanjaya itu dalam kenyataan pada Selasa.

Pada jam 10 pagi tadi, SPR memaklumkan sebanyak 25 peratus keluar mengundi.

Pada Isnin, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, seramai 11,557 pengundi akan mengundi awal dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Ikmalrudin, ia melibatkan sebanyak 31 pusat pengundian yang akan dibuka seawal jam 8 pagi.

Tambah Ikmalrudin, jumlah tersebut terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: