Selangor giat usaha banteras kilang haram: MB

Datuk Seri Amirudin Shari
Datuk Seri Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor terus mempergiatkan usaha membanteras sebarang aktiviti kilang haram di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha perobohan kilang haram dan tindakan kompaun terus ditingkatkan sejak awal tahun lalu di semua daerah dan kawasan di negeri ini.

"Usaha penguatkuasaan ini dilakukan bagi memastikan aktiviti kilang haram dapat dibasmi," katanya yang memuat naik status di Facebook pada Selasa.

Amirudin turut berkongsi artikel sebuah portal berita yang menyiarkan kejayaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah kilang haram di kawasan perindustrian Sungai Choh Serendah.

"Syabas MPHS di atas tindakan penguatkuasaan ini. Teruskan usaha membanteras kilang haram," katanya.

Pada 9 November lalu, MPHS menyita sebuah kilang beroperasi tanpa lesen serta merampas 56 jongkong aluminium bernilai RM300,000 di Serendah.

Artikel Berkaitan: