Calon PH DUN Paya Rumput yakin tangani isu internet

Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yakin dapat menangani isu keterhubungan internet yang menjadi keluhan rakyat kawasan itu sekiranya dipilih sebagai wakil mereka.

Beliau melihat itu masalah yang besar khususnya terhadap pendidikan anak-anak dalam norma baharu ini, namun tidak sukar untuk diselesaikan.

“Saya bawa isu ini sebagai isu kempen kerana bagi saya ini satu isu yang mudah untuk dilaksanakan, it is low hanging fruits.

“Bagaimana caranya, saya kata kita ada banyak tempat industri di mana kita boleh bincang dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi supaya naikkan pencawang-pencawang di kawasan itu.

“Dengan syarat ada kemudahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan supaya jangan dikenakan bayaran yang tak munasabah atau mahal.”

Ditambah pula dengan projek pembangunan perumahan yang dijangka akan semakin rancak di kawasan itu, kualiti capaian internet, katanya, perlu dipertingkatkan seiring pertambahan penduduk.

Maka, janji Shamsul, hal itu boleh diselesaikan dalam program kerja yang ingin disampaikannya kepada penduduk Paya Rumput dalam masa lima tahun seandainya diberikan mandat pada 20 November nanti. - Awani

Artikel Berkaitan: