X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

PRN Melaka: 25 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi

MELUNASKAN TANGGUNGJAWAB... Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) (dari kiri) Inspektor Margaret Mihos, Asisten Superintendan Azita Ramli dan Inspektor Fauzana Mohd Ramli selesai menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Melaka di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Bukit Beruang hari ini. - Foto Bernama
A
A

MELAKA - Sebanyak 25 peratus pengundi awal terdiri daripada polis dan tentera sudah keluar menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah tersebut direkodkan setakat jam 10 pagi tadi.

"Statistik keluar mengundi awal bagi PRN Melaka pada jam 10 pagi mencatatkan 25 peratus," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, proses mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka berjalan lancar dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh tiba di IPK Melaka untuk memantau proses pengundian awal pada jam 9.35 pagi.

Sebelum itu, beberapa pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke IPK Melaka bagi meninjau perjalanan proses mengundi awal PRN termasuk Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Zaini Jass.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali dan Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah turut tiba di IPK bagi memantau pematuhan SOP.

Sebelum itu SPR mengesahkan sebanyak 11 peratus pengundi telah mengundi awal setakat jam 9 pagi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!