Tawaran kendali Villa sukar ditolak: Gerrard

Steven Gerrard - Foto AFP
Steven Gerrard - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Aston Villa, Steven Gerrard mengakui dia mengambil risiko apabila melepaskan jawatannya di Rangers namun cabaran mengendalikan pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana Inggeris adalah peluang yang besar untuk dilepaskan.

Pengendali berusia 41 tahun itu sebelum ini disahkan sebagai Ketua Jurulatih Villa menggantikan Dean Smith yang dipecat selepas merekodkan tujuh kekalahan dalam 11 perlawanan liga musim ini.

"Aston Villa itu sendiri merupakan sebuah kelab bola sepak ikonik. Saya mengetahuinya dari luar dan saya sangat teruja untuk melibatkan diri di dalam dan mula membina sesuatu bersama kelab itu.

"Saya suka cabaran. Saya suka risiko. Ia adalah sesuatu yang saya nantikan.

"Kelab ini akan sesuai dengan saya kerana saya mengetahui mereka memiliki peminat sangat bersemangat dan ada permintaan serta tekanan untuk menang. Itu adalah sesuatu yang saya lakukan sejak berumur 17 tahun,” katanya.

Untuk rekod, Gerrard berjaya menamatkan penantian 10 tahun Rangers untuk memenangi Liga Perdana Scotland musim lalu.

Dalam pada itu, bekas pemain Liverpool tersebut berkata, dia tidak sabar untuk memulakan tugas pertamanya apabila bakal bertemu Brighton pada Sabtu ini.

Jelasnya, tumpuannya kini adalah untuk meraih sebanyak mungkin kemenangan dan mata untuk memperbaiki kedudukan Villa dalam Liga Perdana Inggeris.

Artikel Berkaitan:

“Saya mahu menang setiap perlawanan. Keutamaan dan tumpuan saya, dan segala yang saya akan berikan setiap hari adalah untuk Aston Villa,” katanya.