X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

20 jurumudi bot, awak-awak positif dadah

Pemeriksaan secara rawak telah dijalankan ke atas 89 individu termasuk 23 warga Indonesia berusia antara 20 tahun hingga 60 tahun. - Foto ihsan Maritim Malaysia
A
A

MERSING - [DIKEMASKINI] Seramai 20 jurumudi dan awak-awak bot di Mersing dikesan berada di bawah pengaruh dadah menerusi operasi bersepadu yang diadakan selama tiga hari bermula 13 November lalu.

Operasi dikelolakan Agensi Pengutkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing itu turut mendapat kerjasama daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Mersing.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, operasi itu dibuat susulan maklumat serta aduan awam yang diterima mengenai pembabitan gejala tidak bermoral dalam kalangan komuniti maritim di kawasan berkenaan.

“Menerusi laporan yang diterima, kita telah menjalankan pemeriksaan ke atas 89 individu termasuk 23 warga Indonesia yang melibatkan jurumudi, awak-awak bot pelancongan dan nelayan yang berusia 23 hingga 60 tahun.

“Daripada jumlah itu, seramai 20 daripada mereka yang juga lelaki tempatan bekerja sebagai jurumudi dan awak-awak bot didapati positif dadah jenis methamphetamine serta ganja,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Khairul Nizam berkata, kesemua mereka yang didapati positif itu kemudiannya telah diberikan jaminan bersyarat oleh AADK untuk tindakan selanjutnya.

“Mereka ini (dikesan mengambil dadah) akan diwajibkan untuk hadir lapor diri di Pejabat AADK pada hari yang telah ditetapkan untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan di masa akan datang untuk memastikan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim di negeri ini dapat ditangani,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!