Polis UK dedah nama suspek letupan teksi di Liverpool

Letupan berlaku di dalam kenderaan berkenaan sebaik tiba di hadapan Hospital Wanita Liverpool. - Foto AP
Letupan berlaku di dalam kenderaan berkenaan sebaik tiba di hadapan Hospital Wanita Liverpool. - Foto AP
A
A
A

LIVERPOOL - Polis United Kingdom (UK) telah mengenal pasti identiti suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden letupan melibatkan sebuah teksi di luar hospital di Liverpool pada Isnin.

Emad Al Swealmeen, 32, yang terbunuh dalam kejadian itu, dipercayai memasuki kenderaan terbabit dan meminta untuk dibawa ke hospital berkenaan.

Letupan itu berlaku di dalam kenderaan berkenaan sebaik tiba di hadapan Hospital Wanita Liverpool.

Pemandu teksi dirawat di hospital akibat kecederaan yang dialaminya dan kini telah dibenarkan pulang.

Insiden berkenaan memaksa negara itu untuk meningkatkan tahap amaran ancaman kebangsaan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Priti Patel, kejadian ini yang kedua melibatkan kematian dalam tempoh sebulan selepas Ahli Parlimen Southend West, David Amess maut ditikam pada 15 Oktober.

Empat individu yang ditahan susulan letupan sebuah teksi telah dibebaskan, kata polis pada Isnin.

Tiga daripada mereka yang berusia antara 21 hingga 29 tahun ditahan pada Ahad manakala seorang lagi ditahan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Letupan berkenaan berlaku beberapa minit sebelum rakyat Britain bertafakur bagi hari peringatan pejuang perang yang diadakan setiap tahun.

Pihak polis belum menyimpulkan sama ada kejadian itu berkait dengan hari berkenaan ataupun berlaku disebabkan ancaman pengganas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Manchester, Andrew Meeks pada Isnin, polis telah melakukan serbuan di dua rumah yang berkaitan dengan Al Swealmeen dan merampas beberapa barangan yang dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan.

"Setelah mendedahkan nama suspek, kami harap orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Al Swealmeen tampil ke mana-mana balai polis berdekatan," katanya. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:Polis isytihar letupan teksi sebagai serangan pengganas