Pengiring polis untuk mantan Perdana Menteri ikut undang-undang

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pengiring Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diberikan kepada setiap mantan Perdana Menteri termasuk yang sedang menghadapi tindakan undang-undang di mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, keistimewaan itu tertakluk di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).

Menurutnya, polis mengesan ada pihak yang mempertikaikan keistimewaan diterima oleh mantan Perdana Menteri.

"PDRM buat masa ini memberi perkhidmatan berkenaan kepada setiap bekas Perdana Menteri Malaysia termasuk yang sedang berhadapan tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Acryl Sani berkata, perkhidmatan pengiring trafik dan pengiring keselamatan akan terus diberikan kepada mantan Perdana Menteri terbabit sehingga proses rayuan dimuktamadkan di mahkamah.

Artikel Berkaitan: