X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Lebih 22.3 juta populasi dewasa lengkap divaksinasi

Sebanyak 22,318,132 individu atau 95.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,318,132 individu atau 95.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 22,875,185 individu atau 97.7 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu, 80.4 peratus atau 2,531,793 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi manakala 87 peratus atau 2,740,442 individu remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 102,057 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 26,295 suntikan dos lengkap, 5,488 menerima dos pertama dan 70,274 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,322,636.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,042,234. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!