LUAS ambil tindakan 10 struktur binaan ceroboh rizab sungai

Tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap salah satu struktur binaan yang menceroboh rizab sungai di Sungai Buloh di Jalan Muara 7 Sesaran Jeram, pada 8 November lalu.
Tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap salah satu struktur binaan yang menceroboh rizab sungai di Sungai Buloh di Jalan Muara 7 Sesaran Jeram, pada 8 November lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengambil tindakan terhadap 10 struktur binaan yang didapati menceroboh rizab sungai di Sungai Buloh di Jalan Muara 7 Sesaran Jeram, pada 8 November lalu.

LUAS dalam kenyataan dan info grafik di Facebook pada Selasa memaklumkan, tindakan itu dilakukan selepas menerima aduan berhubung pencerobohan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, struktur binaan itu didirikan pada jarak hanya 50 meter dari rizab Sungai Buloh," menurut kenyataan itu..

LUAS memberitahu, struktur dibina di rizab terbabit terdiri daripada rumah, stor, jeti dan pelantar bagi aktiviti pendaratan ikan.

"LUAS bertindak pantas mengenal pasti pencerobohan struktur binaan di dalam rizab Sungai Buloh.

"Pihak terlibat dalam aktiviti ini telah diambil tindakan sewajarnya berdasarkan peraturan dan bidang kuasa LUAS," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: