X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

PRN Melaka: Pengundian awal bermula jam 8 pagi

Pengundi menyemak daftar pemilih di kaunter yang disediakan.
A
A

MELAKA - Pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bermula pagi ini.

Dua saluran mengundi tersebut dibuka pada jam 8 pagi ini untuk proses pengundian.

Seawal jam 7.45 pagi tadi pengundi telah mula mendaftarkan diri bagi menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Difahamkan seramai 739 pengundi yang akan mengundi di IPK Melaka sehingga jam 5 petang ini.

Proses pengundian disaksikan ejen calon dan pemerhati pilihan raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR).

Pengundi menunggu giliran untuk mengundi awal.
Pengundi menunggu giliran untuk mengundi awal.

Pengundi mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 iaitu memakai pelitup muka, menggunakan cecair sanitasi tangan dan menjalani saringan suhu badan.

Pada Isnin, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, seramai 11,557 orang pemilih akan mengundi awal dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Ikmalrudin, ia melibatkan sebanyak 31 pusat pengundian yang akan dibuka seawal jam 8 pagi.

Tambah Ikmalrudin, jumlah tersebut terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!