Sampai bila kita perlu khidmat pekerja asing

Foto 123rf
Foto 123rf
A
A
A

SESUDAH genap 20 bulan diancam penularan wabak Covid-19, hari ini kita boleh bernafas lega apabila kebanyakan sektor perniagaan sudah kembali beroperasi.

Biarpun prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi, tetapi itu bukan menjadi masalah besar. Yang menjadi masalah besar bagi sesetengah majikan ialah mendapatkan pekerja asing.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata, kemasukan kira-kira 32,000 tenaga buruh asing ke negara kita untuk sektor perladangan, susulan pembukaan semula sempadan negara dijangka berupaya diselesaikan menjelang penghujung November ini.

Tidak dinafikan, negara kita masih memerlukan khidmat pekerja asing terutama sekali sektor pembinaan dan perladangan. Selain kedua-dua sektor itu, kekurangan ramai pekerja asing ini dalam pelbagai sektor pada ketika ini amat dirasai.

Sektor perhotelan antaranya menerima pukulan yang teruk. Banyak hotel bertaraf lima bintang dan hotel bajet telah lama gulung tikar. Ramai pekerja asingnya telah pulang ke negeri asal dan tidak kurang juga yang mencari kerja lain.

Ini menyebabkan adanya keluhan daripada persatuan hotel meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada pengusaha hotel mendapatkan pekerja asing.

Kata pengusaha hotel, bisnes mereka sudah boleh buka tapi masalahnya tidak cukup pekerja. Kata mereka lagi, memang susah untuk mengupah orang tempatan.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai rakyat tempatan hilang kerja. Namun biarpun bisnes sudah kembali pulih, ada yang masih mahu memilih kerja. Mereka tidak mahu kerja kerana gaji yang rendah, tidak setimpal dengan ijazah yang diperolehi.

Artikel Berkaitan:

Soalnya, sampai bila kita perlu terus menggunakan tenaga kerja mereka?