Wan Saiful belum dapat ulas kenyataan Noraini

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak dapat mengulas lanjut mengenai tindakan undang-undang yang menjadi pilihan terakhir dikenakan kepada peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Ia berikutan maklum balas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noriani Ahmad di Dewan Rakyat pada Isnin ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang mahu tahu jumlah peminjam dibawa ke mahkamah kerana kegagalan membuat bayaran balik PTPTN.

Bagaimanapun Wan Saiful meminta pihak Sinar Harian merujuk kepada Pejabat Menteri bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan tersebut.

“Saya rasa elok kalau dapatkan komen dari Pejabat Menteri. Saya di Melaka dan tak dapat 'update' (kemas kini) lagi mengenai Parlimen hari ini (Isnin),” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pada Isnin, Noraini memaklumkan tindakan undang-undang merupakan pilihan terakhir akan dipertimbangkan PTPTN terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman masing-masing.

Beliau berkata, pilihan terakhir itu akan diambil selepas semua usaha yang telah dilaksanakan untuk membantu peminjam membuat bayaran balik itu gagal.

Artikel Berkaitan: