Dulu penagih, sekarang pengedar

Pelbagai jenis yang ditemui dibuang suspek ketika melarikan diri.
A
A

KAMPUNG RAJA - Seorang lelaki bukan sahaja tidak insaf walaupun dua kali pernah ditangkap kerana menagih dadah, sebaliknya menjadi pengedar dadah sekarang.

Suspek 34 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah seberat 21.64 gram oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Besut di Kampung Nail, Kuala Besut jam 10.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum itu suspek yang beralamat di Jalan Masjid Kuala Besut dilihat atas motosikal Honda EX5 berada dalam keadaan mencurigakan tepi jalan Kampung Nail.

Menurutnya, pihak polis menghampiri suspek, namun sebaik menyedari kehadiran polis, suspek terus melarikan diri sambil memegang sesuatu di tangan kanannya.

“Polis melihat suspek membuang benda yang di tangannya sebelum dia berjaya diberkas sejurus kemudian, katanya.

Mohd Zamri berkata, pemeriksaan terhadap benda yang dibuang itu mendapati ia merupakan satu beg kecil berzip di dalamnya mengandungi dipercayai pelbagai jenis dadah iaitu heroin, pil kuda dan ganda yang bernilai dianggarkan RM1,180.

Menurutnya, semakan mendapati buruh itu mempunyai dua rekod dadah lampau iaitu di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1952 (2008) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbaha 1952 pada tahun 2009.

“Suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki dari Kampung Nail sejak awal 2019 dan lelaki itu kemudian ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia