Covid-19: Kes positif di Sarawak semakin menurun

Jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak kian menunjukkan penurunan dengan 287 kes baharu direkodkan pada Isnin berbanding sepanjang minggu lepas yang merekodkan lebih 300 kes sehari. - Gambar hiasan
Jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak kian menunjukkan penurunan dengan 287 kes baharu direkodkan pada Isnin berbanding sepanjang minggu lepas yang merekodkan lebih 300 kes sehari. - Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak kian menunjukkan penurunan dengan 287 kes baharu direkodkan pada Isnin berbanding sepanjang minggu lepas yang merekodkan lebih 300 kes sehari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan 11 daripada kes baharu itu mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 276 kes adalah mereka yang bergejala ringan dan tidak bergejala.

Sebanyak 12 kes kematian baharu dilaporkan di antara 10 dan 14 November melibatkan mereka yang berusia 36 hingga 86 tahun serta mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan asma.

JBPN turut mengisytiharkan satu kluster tamat iaitu kluster Long Urun di Belaga, setelah tiada kes baharu direkodkan sejak 28 hari lepas melibatkan kluster itu, sekali gus menjadikan hanya 10 kluster aktif di Sarawak ketika ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: