Anak syarikat AWC peroleh kontrak perkhidmatan sokongan hospital

No Image Caption
A
A
A

ANAK syarikat AWC Bhd, Ambang Wira Sdn Bhd, memperoleh kontrak selama lima tahun untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital kepada Hospital Orang Asli Gombak daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai RM12.72 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Isnin, kontrak itu, yang bermula dari 1 Jan, 2022 hingga 31 Dis, 2026, dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan AWC sepanjang tempoh kontrak tersebut.

Katanya, Lembaga Pengarah syarikat itu berpendapat bahawa kontrak tersebut dalam urusan perniagaan biasa dan untuk kepentingan terbaik AWC. - Bernama

Artikel Berkaitan: