Kalendar akademik sesi persekolahan 2022/2023 bermula 21 Mac 2022

 Kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023. - Gambar hiasan
Kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022 hingga 11 dan 12 Mac 2023, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sesi persekolahan akan berlangsung hingga 11 Mac 2023.

“Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 12 Mac 2023,” menurut kenyataan itu.

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi Kumpulan B.

Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: