Terima gelaran Tan Sri, Azhar Azizan dihujani ucapan tahniah

Azhar Azizan pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
Azhar Azizan pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dihujani dengan ucapan tahniah oleh ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat pada Isnin atas anugerah Panglima Setia Mahkota diterimanya yang membawa kepada gelaran Tan Sri.

Azhar Azizan Harun menerima anugerah itu sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Ahad.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari antara terawal yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Azhar yang mempengerusikan sidang Dewan Rakyat sesi pagi.

Ucapan tahniah itu kemudian turut disusuli oleh beberapa ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang lain.

Menyambung sesi petang sidang Dewan Rakyat, Azhar Azizan sekali lagi turut menerima ucapan tahniah daripada ahli Parlimen.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, Azhar antara 19 individu yang menerima anugerah Panglima Setia Mahkota yang membawa kepada gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah pada Ahad.

Turut menerima gelaran ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai.

Artikel Berkaitan: