Polis keluar 144 saman dalam Ops Khas

Sebanyak 144 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan selepas polis membuat pemeriksaan ke atas 113 buah kenderaan pelbagai jenis dan seramai 132 individu dalam Ops Khas di Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 Shah Alam pada Sabtu.
Sebanyak 144 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan selepas polis membuat pemeriksaan ke atas 113 buah kenderaan pelbagai jenis dan seramai 132 individu dalam Ops Khas di Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 144 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan selepas polis membuat pemeriksaan ke atas 113 buah kenderaan pelbagai jenis dan seramai 132 individu dalam Ops Khas di Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, operasi berkenaan bermula dari jam 10 malam hingga 2 pagi.

"Daripada 144 saman tersebut, 54 daripadanya adalah melibatkan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan manakala sebanyak 22 buah motosikal disita atas kesalahan menunggang tanpa lesen dan pengubahsuaian struktur asal," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Baharudin berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam melakukan operasi khas berkenaan sejak 1 November lalu.

"Sehingga tarikh 13 November, (Sabtu) BSPT IPD Shah Alam telah mengeluarkan sebanyak 328 keping saman Pol.257 kepada pesalah atas kesalahan nombor pendaftaran.

"Secara keseluruhannya sejumlah 43 buah motosikal dan kereta telah disita melibatkan pelbagai jenis kesalahan setakat tempoh sama," katanya.

Tambah Baharudin, polis turut menahan dua suspek di bawah Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan satu tangkapan ke atas suspek mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: