Poster tular Sultan Johor ulas PRN Melaka palsu

Poster mengandungi kenyataan palsu Sultan Johor berhubung PRN Melaka yang tular di media sosial.
Poster mengandungi kenyataan palsu Sultan Johor berhubung PRN Melaka yang tular di media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, seperti yang ditularkan baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, kenyataan palsu yang terus disebarkan menerusi sebuah poster di media sosial itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini pada 30 Oktober lalu.

"Segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan saya ataupun Keluarga Diraja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (RPO)," titah baginda dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan sudah menerima laporan polis berhubung poster tular mengandungi kenyataan palsu Sultan Ibrahim.

Katanya, tindakan menyebar laporan tidak benar terutama melibatkan institusi diraja Johor boleh diambil tindakan mengikut peruntukan undang- undang sedia ada.

"Polis Johor menegaskan supaya mana-mana pihak untuk tidak cuba membuat dan menyebarkan kenyataan palsu melibatkan institusi diraja terutama di Johor.

"Polis Johor akan terus memastikan keamanan dan kemakmuran dalam kalangan masyarakat sentiasa terpelihara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: