X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Bonus RM700 buat penjawat awam Terengganu

Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM700 kepada penjawat awam di negeri ini.

Khabar gembira itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 (Bajet) pada Isnin.

Pembayaran bonus kepada kira-kira 14,000 golongan itu akan dibuat pada Januari tahun depan.

“Pemberian ini sebagai menghargai jasa para penjawat awam yang telah menggerakkan jentera kerajaan demi menjamin perkhidmatan terbaik dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, kerajaan negeri turut memberikan bantuan sebanyak RM500 seorang kepada 70 pelajar yang kehilangan ibu bapa dan penjaga akibat Covid-19 sebagai tanda simpati kepada nasib mereka.

Ahmad Samsuri berkata, bantuan tersebut akan diberikan dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan.

“Pemberian Pencen Rakyat Warga Emas juga akan diteruskan kepada lebih ramai penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM13 juta,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!