Warga emas dikhuatiri lemas di sungai

Operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas yang dikhuatiri lemas di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu pada Isnin.
Operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas yang dikhuatiri lemas di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas dikhuatiri lemas di sebuah sungai di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi berhubung kejadian menimpa mangsa yang dikenali sebagai Low You Kian, 65.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada jam 10.50 pagi," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, SAR melibatkan seramai 55 anggota penyelamat terdiri dari bomba, polis dan pasukan penyelamat yang lain.

Artikel Berkaitan: