PRN Melaka: 11,557 pemilih mengundi awal

Seramai 11,557 orang pemilih akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Selasa. Foto hiasan
Seramai 11,557 orang pemilih akan mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Selasa. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seramai 11,557 orang pemilih akan mengundi awal dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka di 31 pusat pengundian pada Selasa.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataannya memaklumkan, jumlah tersebut terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis.

"Pusat pengundian akan dibuka seawal jam 8 pagi," katanya pada Isnin.

Menurutnya, kesemua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap-lokap balai polis.

"Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira pada 20 November, bermula jam 4.00 petang," katanya.

Beliau berkata, pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat yang ditetapkan SPR.

"Urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen calon masing-masing," katanya.

Ikmalrudin berkata, sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

"Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon yang bertanding di samping SPR menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi laman Facebook," katanya.