Federer mungkin terlepas Terbuka Australia

Federer. - Foto AFP
Federer. - Foto AFP
A
A
A

BEKAS pemain tenis nombor satu dunia, Roger Federer berkemungkinan tidak akan bertanding pada kejohanan Terbuka Australia namun masih berazam untuk menyertai kejohanan lain, kata jurulatihnya Ivan Ljubicic.

Juara Grand Slam 20 kali itu tidak menyertai sebarang kejohanan sejak tewas pada suku akhir Wimbledon pada Julai dan terpaksa menjalani satu lagi pembedahan lutut.

Ketika ditanya sama ada Federer akan kembali beraksi di kejohanan pertama tahun hadapan pada Januari, Ljubicic berkata dia tidak boleh menjanjikan perkara tersebut.

“Saya rasa peluangnya sangat sedikit, dia masih pulih dan mengenalinya, dia mahu memastikan dia boleh bermain untuk memenangi kejohanan dan berada pada tahap 100 peratus.

"Jadi saya rasa Terbuka Australia bukanlah satu kemungkinan sebenar sekarang.

Tetapi dia akan melangkah setapak demi setapak kerana dia sudah berusia 40 tahun sekarang dan dia perlu bersabar.

Dia tidak boleh pulih secepat dulu." katanya.

Federer kini terikat dengan Rafael Nadal dan Novak Djokovic dalam perlumbaan untuk menjadi juara Grand Slam perseorangan lelaki paling berjaya sepanjang zaman dan penganjur Terbuka Australia berharap ketiga-tiga pemain itu akan menyertai kejohanan yang diadakan di Melbourne Park.

Artikel Berkaitan:

Nadal sebelum ini yang dihimpit kecederaan berkata dia akan menyertai kejohanan tersebut namun berbeza dengan Djokovic yang enggan mengesahkan penglibatannya sehingga Tennis Australia mendedahkan protokol kesihatan untuk kejohanan itu.

Dalam pada itu Ljubicic berkata, dia yakin bahawa Federer ketika ini tidak memikirkan hasrat untuk menggantung raket.

Ujar Ljubicic, sekiranya Federer ingin bersara ia tidak berlaku secara tiba-tiba.

“Kami sudah bercakap dan saya boleh jamin dia mahu kembali bermain tenis,” tambahnya.

"Apabila dia memutuskan untuk berhenti dia akan bersara, tetapi saya tidak fikir ia akan berlaku secara tiba-tiba,"katanya.