X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Program dihadiri PM dikompaun, bukti penguatkuasaan SOP saksama?

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A

PENGUATKUASAAN Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 merupakan aspek terpenting dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Selain memastikan keselamatan penduduk di Melaka, SOP tersebut juga sangat penting bagi mengelakkan Melaka menjadi pencetus kepada kenaikan kes Covid-19 di seluruh negara sama seperti yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini.

Bagaimanapun, usaha memastikan pematuhan SOP oleh pihak berkuasa tentunya berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya seperti runguntan daripada parti politik mengenai kekangan berkempen yang disifatkan sebagai sangat ketat.

Selain daripada itu, isu mengenai kemungkinan berlakunya situasi berat sebelah dalam aspek penguatkuasaan juga merupakan antara perkara yang telah dibangkitkan khususnya oleh pihak pembangkang sejak daripada awal SOP PRN Melaka diumumkan.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad memaklumkan polis membuka sembilan kertas siasatan atas pelbagai kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sejak penamaan calon pada 8 November hingga Sabtu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, enam kertas siasatan adalah berkaitan Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan

Berdasarkan laporan yang diterima, terdapat dakwaaan berlakunya kesalahan SOP oleh parti terbabit di tempat terbuka selain di sekitar bilik gerakan meraka.

Dalam pada itu, media turut melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Ahad mengenakan kompaun RM20,000 terhadap penganjur program lawatan melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Notis berkenaan dikeluarkan oleh Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Jasin kepada Ketua Pusat Daerah Mengundi BN untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, atas kesalahan gagal mengawal penjarakan sosial.

Pada masa sama, seorang calon Pakatan Harapan yang dikenakan kompaun sebanyak RM4,00 selepas didapati menganjurkan program jelajah atau walkabout di sebuah kedai makan pada Rabu.

Tentunya, penguatkuasaan yang saksama merupakan antara elemen penting memandu kepada tahap kepatuhan yang tinggi bukan sahaja dalam kalangan ahli politik, tetapi juga rakyat di Melaka yang terlibat secara langsung pada PRN Melaka kali ini.

Justeru, pihak berkuasa perlu mengamalkan tindakan proaktif dan telus dalam menangani sebarang isu yang mungkin timbul berkaitan penguatkuasaan SOP sepanjang tempoh PRN Melaka.

Ia termasuk mengenai sebarang aduan atau dakwaan mengenai berlakunya situasi berat sebelah dalam pelaksanaan SOP yang dikuatlkuasakan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!