Covid-19: 1,266 kes baharu di Selangor

Kesemua negeri dan wilayah melaporkan trend peningkatan kes dalam tempoh tujuh hari sekitar tiga hingga 65 peratus. Foto hiasan
Kesemua negeri dan wilayah melaporkan trend peningkatan kes dalam tempoh tujuh hari sekitar tiga hingga 65 peratus. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Selangor merekodkan penularan baharu Covid-19 tertinggi dengan 1,266 kes pada Ahad.

Ia disusuli Kelantan (499), Sabah (442), Johor (432), Kedah (366) dan Pahang (313) manakala Sarawak pula melaporkan 299 kes, Kuala Lumpur (278), Perak (258), Melaka (216), Terengganu (200), Negeri Sembilan (174), Putrajaya (66), Labuan (17) serta Perlis (11).

Kesemua negeri dan wilayah melaporkan trend peningkatan kes dalam tempoh tujuh hari sekitar tiga hingga 65 peratus.

Bagaimanapun Sabah dan Sarawak mencatatkan penurunan kes iaitu masing-masing lima serta 20 peratus.

Sebanyak 65,417 kes aktif dilaporkan di seluruh negara dengan 51,030 orang atau 78.0 peratus menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,067 pesakit atau 12.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 5,796 kes atau 8.9 peratus di hospital.

Seramai 259 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 265 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: