Lelaki maut langgar besi penghadang jalan

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan di kilometer 28 Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 11.59 tengah hari itu, mangsa berusia 41 tahun yang beralamat di Kapar, Klang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Selangor.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang melalui jalan berselekoh gagal mengawal motosikal yang ditunggang lalu melanggar batu pembahagi jalan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Ramli berkata, motosikal terbabit kemudian terbabas ke kiri jalan dan telah melanggar besi penghadang jalan.

"Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

Artikel Berkaitan: