Pentas bentuk jagoan papan selaju negara bertaraf dunia

Kiara Skatepark mula dibuka kepada orang awam dengan satu tempoh percubaan telah bermula pada 1 November lalu dengan meletakkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) di tahap tertinggi. FOTO: BERNAMA GAMBAR KECIL: JOHAN FITRY
Kiara Skatepark mula dibuka kepada orang awam dengan satu tempoh percubaan telah bermula pada 1 November lalu dengan meletakkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) di tahap tertinggi. FOTO: BERNAMA GAMBAR KECIL: JOHAN FITRY
A
A
A

PEMBUKAAN semula Kiara Skatepark dilihat mampu mengasah lagi bakat-bakat baru dalam sukan papan selaju seterusnya dapat melahirkan jagoan bertaraf dunia yang mampu bersaing di pentas Olimpik pada masa depan.

Bekas jurulatih papan selaju negara, Johan Fitry Khairuddin berkata, dengan beberapa pengubahsuaian mengikut spesifikasi antarabangsa, ia mampu memberi keselesaan kepada pemain-pemain.

“Pembukaan skatepark ini saya rasa ia akan merancakkan kembali arena sukan papan selaju negara yang saya rasa ketika ini kembali mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia selepas disenaraikan di Olimpik.

“Jadi peminat-peminat sukan papan selaju ini akan ada tempat untuk mereka berlatih selain kawasan-kawasan lapang yang kebiasaannya digunakan untuk mereka bermain.

“Selain itu, apabila kita ada park yang mempunyai spesifikasi antarabangsa, ia akan memudahkan ” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Johan Fitry Khairuddin
Johan Fitry Khairuddin

Sebelum ini Kiara skatepark ditutup sejak 2019 bagi memberi laluan kepada proses kerja pengubahsuaian termasuk membaik pulih dan membina ‘ ramp’ baharu mengikut reka bentuk terkini.

Dalam pada itu Johan atau lebih dikenali sebagai ‘Joe Ipoh’ berkata, Malaysia kini berada dalam landasan yang tepat untuk melahirkan jaguh papan selaju kerana ketika ini Malaysia mempunyai banyak fasiliti, namun perlu dinaik taraf mengikut spesifikasi semasa.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya lagi, kejohanan atau pertandingan papan selaju perlu kerap diadakan secara mapan untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baharu menunjukkan kebolehan yang dimiliki.

“Malaysia saya lihat banyak fasiliti skateboard yang bagus dan banyak malah di kampung juga ada tempat untuk bermain papan selaju.

“Tapi yang menjadi masalah kini, fasiliti tersebut sudah lama dan perlu dinaik taraf mengikut spesifikasi semasa supaya kejohanan dapat dilakukan untuk mereka yang berminat tunjukkan bakat yang terpendam,” katanya.