Rumah Ngaji Teluk Muroh terus usaha bantu penduduk terjejas

Mercy Malaysia menyerahkan 104 kotak makanan untuk membantu penduduk terjejas di daerah Manjung. Foto: ihsan Rumah Ngaji
Mercy Malaysia menyerahkan 104 kotak makanan untuk membantu penduduk terjejas di daerah Manjung. Foto: ihsan Rumah Ngaji
A
A
A

LUMUT - Insiatif yang digerakkan Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh sebagai rakan strategik berjaya membantu lebih 300 keluarga yang terjejas berikutan keadaan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Penggerak Rumah Ngaji, Datin Maziah Rafie berkata, usaha itu dilaksanakan bersama Mercy Malaysia Perak Chapter bagi membantu golongan yang memerlukan termasuk miskin bandar.

"Selain daripada aktiviti keagamaan, Rumah Ngaji mengambil inisiatif mengesan dan menyenaraikan mereka yang terjejas untuk dibantu dari segi makanan dan keperluan.

"Meskipun negara berada dalam fasa pemulihan, masih ramai yang terjejas dan ini antara usaha membantu mereka yang memerlukan," di program Sumbangan Barangan Keperluan Dapur Mercy Malaysia Perak Chapter di Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengerusi Mercy Malaysia Perak Chapter, Dr Dzulkarnaen Ismail dan Timbalan Pengerusi Perkim Cawangan Manjung, Mohd Zainal Adnan.

Maziah berkata, Mercy Malaysia menyerahkan 104 kotak makanan sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk diagihkan kepada mereka yang terjejas seperti ibu tunggal, keluarga miskin dan pesara polis sekitar daerah Manjung.

"Ini merupakan kerjasama kali ketiga bersama Mercy Malaysia. Setiap keluarga yang menerima bantuan ini mendapat beras, tepung, gula, milo dan sebagainya.

"Usaha ini akan diperluaskan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain agar golongan sasar dapat dibantu sebaiknya," katanya.

Artikel Berkaitan: