X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Cadangan beku akaun bekas suami belum muktamad

Fuziah (dua, kanan) beramah mesra bersama pengunjung pada program Santuni Wanita sempena Hari Wanita Sedunia di Pasar Tani Mega Kuantan, di sini, hari ini.
A
A

KUANTAN - Kerajaan masih belum memuktamadkan cadangan pembekuan akaun bekas suami yang gagal membayar nafkah kepada isteri dan anak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, beberapa aspek perundangan berkaitan cadangan itu perlu dilihat dan dikaji dengan lebih teliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurutnya, cadangan tersebut baik dan penting untuk menjaga kebajikan wanita (isteri) dan tanggungan mereka apabila berlaku perceraian.

"Bagaimanapun perkara ini membabitkan implikasi undang-undang justeru kerajaan perlu melihat kepada aspek perundangan berkaitan sama ada tindakan pembekuan akaun bekas suami ini boleh dilakukan atau sebaliknya.

"Ada permintaan agar perkara ini dipertimbangkan terutama bagi wanita yang bercerai namun bekas suami tidak menunaikan tanggungjawab terhadap nafkah daripada bekas isteri dan anak-anak walaupun sudah ada keputusan Mahkamah Syariah terhadap perintah itu.

“Kerajaan cuba bantu justeru perkara itu perlu diteliti dan dikaji aspek undang-undang yang membolehkan tindakan membekukan akaun suami yang ingkar dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata demikian ketika ditemui selepas program Santuni Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia di Pasar Tani Mega Kuantan, di sini, hari ini.

Pada program itu, Fuziah turut mengagihkan kira-kira 3,000 kuntum bunga kepada pengunjung dan peniaga wanita di pasar tani berkenaan sebagai simbolik sambutan Hari Wanita Sedunia.

Program anjuran bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan pejabat Ahli Parlimen Kuantan.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung tindakan segelintir peserta Perhimpunan Hari Wanita Sedunia yang turut mempromosikan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), di ibu negara semalam, Fuziah berkata perbuatan itu adalah sangat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, tindakan kumpulan terbabit mencemarkan sambutan yang sepatutnya diadakan bagi memperjuangkan hak kaum wanita di negara ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!