X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Usia 13 tahun dah jadi penagih dadah

Datuk Rohaimi (kanan) memasang Banner Op Jihad Dadah 2.0 Marang, di Balai Raya Kampung Bukit Gasing, Marang, pada Ahad
A
A

MARANG - [DIKEMAS KINI] Dua pelajar sekolah berusia 13 tahun merupakan penagih dadah termuda yang ditahan selepas dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah di negeri ini sepanjang pelaksanaan Ops Jihad Dadah 2.0 sejak 14 Oktober lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pelajar berkenaan merupakan antara 607 penagih dadah yang ditahan sepanjang operasi berkenaan sehingga Ahad.

Menurutnya, kebanyakan penagih dadah bawah umur yang ditahan masih lagi bersekolah manakala sebahagian tidak lagi bersekolah.

"Faktor usia yang terlalu muda dan pemikiran masih mentah mungkin membuatkan golongan ini berisiko menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas Program Pelancaran Pemasangan Banner Op Jihad Dadah 2.0 Marang, di Balai Raya Kampung Bukit Gasing, di sini, pada Ahad.

Jelasnya, sepanjang operasi berkenaan yang dijalankan serentak di seluruh negeri ini, penagih dadah paling tua berjaya ditangkap berusia 71 tahun.

"Bagi kategori umur, seramai 230 penagih dadah berusia 30 hingga 39 ditahan manakala seramai 16 remaja bawah umur termasuk remaja berusia 13 tahun ini turut ditangkap," katanya.

Katanya, bagi kategori pekerjaan pula, golongan nelayan, buruh dan penganggur merekodkan penagih dadah paling ramai yang ditangkap.

"Kami juga berjaya menahan 64 pengedar dan 11 daripadanya di siasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!